Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai
10/04/2011 1:52pm
KUANTAN  10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur  ayam  tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru  ini  menyamai telur tulen.
Menterinya,  Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus  peratus kandungan  protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan  makanan itu  menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.
Berikutan  itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA  kali kedua  bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk  menentukan  tahap ketulenannya. 
“Ujian  DNA pertama mendapati telur ayam  tersebut tiada mempunyai  sebarang  masalah  kepada pengguna,'' katanya kepada  pemberita selepas   merasmikan Hari Kesihatan  Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks    Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini  hari ini. - Utusan
 
 
